Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani
16 September merupakan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun selepas Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos. Sambutan Hari Malaysia 2023 ke-60 Peringkat Kebangsaan 2023 akan disambut di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.
Sambutan hari Malaysia ke-60 pada tahun ini membawa tema yang sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" dengan tambahan cogan kata "Segulai Sejalai" dalam bahasa Iban yang membawa maksud "berjalan seiringan".
Sempena Hari Malaysia 2023, marilah kita semua, segulai sejalai bersama memacu kecemerlangan dan kegemilangan untuk semua warga SK Tanjong Mas.
YBrs. Pn. Zabidah binti Ibrahim
Guru Besar
SK Tanjong Mas
16 September 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan